Sep
24

Tenaga yang terganggu?

Punca kelemahan Ada beberapa punca kelemahan. 1 – Dosa. 2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan. 3 – Mendatar dan tidak melakukan peningkatan serta penjagaan. 1 – Dosa. Dosa adalah hijab antara kita dengan Allah SWT. Sebab sebenarnya, antara dua perkara yang tidak akan bersatu dalam satu masa adalah Cintakan Allah, dan Cintakan Keingkaran kepadaNya. Justeru, dosa menganggu hubungan kita dengan Allah SWT. Bila jalan kepada sumber tenaga kita terganggu, semestinya tenaga tidak akan tersalur dengan baik kepada kita, bukan? Sebab itu kita perasan, bila kita banyak melakukan dosa, hatta yang kita sangka ringan sekalipun, itu semua akan melemahkan kita untuk mendekatiNya. ...
Sep
23

Bangkitlah dengan dirimu sendiri

Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh. Ya, cuba pandang sebelah di saat diri memerlukan sokongan, ada tak sesiapa yang hadir memberi kata-kata semangat tepat pada masanya? Sukar bukan untuk berjumpa saat-saat seperti ...