Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. 10 cara untuk membahagiakan ibu bapa:-
1.Memberi nafkah.
2.Menyediakan tempat tinggal.
3.Memberi kasih sayang.
4.Memberi perhatian.
5.Memenuhi permintaan.
6.Melakukan apa yang disukai.
7.Bercakap dengan lemah lembut.
8.Menghadiahkan kejayaan.
9.Meluangkan masa bersama-sama.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
DALIL KEWAJIPAN MENGHORMATI DAN TAAT KEPADA IBUBAPA
FIRMAN ALLAH:
Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat baik terhadap kedua orang tuamu. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata uh! (cis) terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.(Surah al-Israk, ayat 23).
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.”(Surah al-Isra, ayat 24).
SABDA NABI S.A.W:
“Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa.? Saya bertanya: Apa lagi.? Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.?” ( Diriwayatkan daripada Bukahri dan Muslim)
Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.?(Hadis riwayat Tirmizi).
Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. (Riwayat al-Hakam)
Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Moved My Blog
11 years ago
0 comments:
Post a Comment