Tenaga yang terganggu?



Punca kelemahan
Ada beberapa punca kelemahan.
1 – Dosa.
2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.
3 – Mendatar dan tidak melakukan peningkatan serta penjagaan.

1 – Dosa.
Dosa adalah hijab antara kita dengan Allah SWT. Sebab sebenarnya, antara dua perkara yang tidak akan bersatu dalam satu masa adalah Cintakan Allah, dan Cintakan Keingkaran kepadaNya. Justeru, dosa menganggu hubungan kita dengan Allah SWT.
Bila jalan kepada sumber tenaga kita terganggu, semestinya tenaga tidak akan tersalur dengan baik kepada kita, bukan?
Sebab itu kita perasan, bila kita banyak melakukan dosa, hatta yang kita sangka ringan sekalipun, itu semua akan melemahkan kita untuk mendekatiNya. Kita akan jadi semakin malas, semakin penat, semakin lelah. Lama kelamaan, sekiranya kita tidak hentikan, dan lawan dengan mengeraskan diri menambah kebaikan, kita akan tewas, terjerumus ke lembah kehinaan.
2 – Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan.
Ya, ada orang tu niat asal dia dah cantik dah. Buat ini kerana Allah. Nak dapat redha Allah SWT. Namun akhirnya, bila di tengah-tengah perjalanan, dia diuji dengan kejelasan matlamatnya. Mungkin ada orang puji dia soleh, mungkin ada orang tercinta nak dia berjaya dalam peperiksaan, mungkin ada ‘ism’ lain yang akhirnya menyebabkan dia menukar haluan matlamatnya.
“Aku beribadah ni, nak impress dia lah.”
“Dapat markah cemerlang, sah-sah orang puji dan pandang tinggi.”
Ya, ini semua akan melemahkan anda. Perlahan-lahan menghakis tenaga dalaman anda. Sebab hubungan kita dengan Allah SWT ketika itu telah terganggu. Maka tenaga yang tersalur kepada kita juga akan terganggu.
Nak bekerja keras tatkala tidak dilihat orang, akan jadi sangat sukar.
“Alah, bukan ada sesiapa tengok.” Dan kita akan terus jatuh dan jatuh.
3 – Mendatar dan tidak peningkatan serta penjagaan.
Kumpulan ini kumpulan asalnya yang bagus. Tetapi masalahnya, mendatar. Tiada peningkatan. Hari-hari baca Al-Quran 10 mukasurat, tanpa buat penambahan, atau kreatifkan lagi suasana pembacaan Al-Quran. Hari-hari Solat Subuh di Masjid yang sama, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana Solat Subuhnya. Hari-hari studi sendiri, tanpa buat penambahan atau kreatifkan lagi suasana studinya.
Lama-kelamaan, bosan menerjah. Dan perlahan-lahan semangat mengendur. Lalu jatuh dan tidak lagi istiqomah.
Ya, mendatar itu sebenarnya bukan satu istiqomah. Mendatar hanya akan membawa kepada kehancuran. Istiqomah walaupun secara literalnya bermaksud berterusan, tetapi secara konseptualnya istiqomah bererti meningkat sedikit demi sedikit dalam keadaan berterusan.
 Penyelesaian
1 – Kurangkan dosa. Padamkan terus jika mampu. Kurangkan dosa ini, tak berfungsi kalau tak disertai dengan banyakkan beribadah. Ada orang, dia tak nak buat dosa, dia pergi tidur. Ini tindakan yang hanya separuh bijak sahaja. Sebab, tidur tak memberikan dia apa-apa. Buat kebaikan seiring dengan meninggalkan dosa. InsyaAllah kekuatan akan bertambah dan diri akan jadi lebih bersemangat. Ya la, laluan tenaga dari sumbernya tak terganggu. Semestinya bertenaga!
2 – Jaga niat. Sentiasa perbaharui. Rajin-rajin muhasabah. Ya, ini penting. Ramai orang kadang-kadang tak tersedar yang dia dah tersasar dari niat dia yang sebenar. Salah niat ni, ala-ala salah masuk lorong la. Nak pergi rumah Pak Samad, masuk lorong pergi rumah Mak Senah. Memang pergi rumah Mak Senah la jawabnya. Kemudian kena selalu minta kawan-kawan tolong peringatkan diri. Kadang-kadang kita ni lupa diri.
3 – Bab mendatar ni, sebenarnya kita kena belajar meningkat. Kalau selama ini baca Al-Quran 10 muka surat, kita cuba la sedikit demi sedikit tambah. Kemudian, kalau rasa banyak sangat(ya la, sampai satu hari tu, dah satu juzu’ baca.) mungkin kita boleh kreatifkan dengan baca maknanya sekali ke. Boleh juga kreatifkan lagi dengan tukar jadi tadarus bersama rakan-rakan sambil betulkan tajwid. Benda-benda ini membakar lagi semangat kita untuk terus berada dalam kebaikan, mendapat tenaga daripada Allah SWT. Studi pun sama. Kreatifkan. Dari terperuk dalam bilik, cuba studi di library, cuba studi bersama rakan. Dari studi tak ada jadual, cuba berjadual dan sebagainya. Solat Subuh, kalau selama ini sekadar Solat Subuh sahaja, apa kata tambah dua rakaat sunat sebelum Subuh. Apa kata tambah Al-Mathurat selepas Subuh. Penambahan yang saya maksudkan, begitulah. Bukannya pergi tambah dua rakaat Subuh jadi empat. Hem…
Hilal Asyraf


Bangkitlah dengan dirimu sendiri

Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh. Ya, cuba pandang sebelah di saat diri memerlukan sokongan, ada tak sesiapa yang hadir memberi kata-kata semangat tepat pada masanya? Sukar bukan untuk berjumpa saat-saat seperti itu. Yang banyaknya dan paling kerap adalah, bersendirian memendam rasa dan cuba mengingatkan diri untuk be strong!

Apa yang dimaksudkan adalah dalam konteks manusia. Ya, tiada siapa boleh nafikan bahawa Allah ada. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Jadi macam mana kita nak lalui semua ini seorang diri?


Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri dan bangkit semula.

Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.

Jadi, yang pertama sekali kita perlu menyediakan dasar yang kuat.

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.

Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.

Apakah dasar itu?

Itulah dia keimanan.

Memang, tiada lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.

Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

Menangis

Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. ‘Pemujuk’ yang menyeronokkan, kadang-kadang.

Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.


Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.
Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Muhasabah

Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“Oh, aku silap di sini. Patutlah”

“La, memang salah aku rupanya”

“Hem… benda ni boleh diselesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”

Dan begitulah.

Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.

Jadi, hadapi masalah. Jangan lari.

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu. Bangkit semula.

Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.

Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu.

Tetapi yang pasti, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Termasuklah ujian.

Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian.

Pujuklah diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati!

Lovely SMS (Ep. 10) Episod akhir

Alia: Abi nak jumpa Lia?

Abi: Yes. Come, sit with me for a moment.

Alia: Ada apa Abi?

Abi: Ada something yang ayah Ali cakap yang buat Abi berfikir. Allah, lajunye masa berlalu! Abi masih lagi tengok Lia ni macam Lia ni umur 5 tahun. Tak sangka Lia dah nak berkahwin dah.

Alia: Abi, tak kira la umur Lia 5 tahun or 20 tahun ke, I will always be your little girl kan?

Abi: Haha...I guess so. Tapi Insha Allah, bulan depan Lia akan jadi isteri Ali. That means that he will be your No. 1 man, not me. Not anymore. Lia faham ke?

Alia: Jangan cakap camtu Abi, sedih Lia dengar.

Abi: Lia...Lia faham ke?

Alia menangis.

Alia: Ye Abi, Lia faham. But...you will always be my first love.

Abi menangis lalu memeluk Alia.

Abi: I love you so much.

*****

Sebulan berlalu. Kedua-dua keluarga berada di dalam masjid untuk majlis akad nikah.

Ali: Oit, sampin aku senget ke?

Ahmad: Dah OK la bro. Brapa kali ko nak tanya aku ni?

Ali: Nervous kot! Tak sangka ramai giler orang datang.

Ahmad: Tak payah pikir banyak sangat la. Ngada-ngada la ko ni!

Ali: Hello brader! Nanti bila ko kawen plak aku nak tengok, nervous ke tak.

Ahmad senyum sahaja.

Abi: Tok Imam, saya tahu yang kebiasaannya wali akan bagi kuasa wali kat Imam untuk langsungkan perkahwinan. Tapi untuk anak saya ni, saya nak langsungkan sendiri. Imam tolong jadi saksi la ye?

Imam: Boleh, takda masalah. Itu kan hak encik. Pihak perempuan ada tetapkan apa-apa syarat kepada pihak lelaki?

Abi: Ada.

Imam: Pihak lelaki setuju?

Ali: Ye, saya dah setuju dengan syarat-syarat tu. Semua detail ada dalam kontrak perkahwinan ni.

Imam: Biar saya check dulu kontrak ni ye? Sebab kadang-kadang orang tetapkan syarat-syarat yang tak munasabah, lebih-lebih lagi yang melanggar agama.

Ali: Takda masalah. Bagus jugak Tok Imam check dulu, just to make sure.

Imam meneliti kontrak yang diberikan.

Imam: Hmm...saya tak nampak apa-apa masalah. Alhamdulillah, tinggal ijab kabul ja la.

Abi: Bismillah...

Ali bersedia.

Abi: Aku nikahkan engkau, Ali bin Abdullah, dengan anakku, Alia binti Ibrahim, dengan mahar RM2,000.

Ali: Saya terima nikahnya.

Abi: Alhamdulillah, welcome to the family.

Abi memeluk Ali.

Ali: Terima kasih...Abi.

*****

Walimah berlangsung. Suasana meriah dengan pukulan kompang dan nyanyian nasyid. Rakan-rakan dan saudara mara datang untuk meraikan penyatuan dua keluarga ini. Mereka yang kaya, miskin, anak-anak yatim, dan mereka yang alim semua dijemput hadir. Dua khemah besar membahagikan lelaki dan perempuan.


Di khemah lelaki...

Ahmad: Bro! Ko dah jadi suami orang la skang!

Ali: Alhamdulillah, aku bertuah. Best friend aku dah jadi ipar aku.

Ahmad: On that note, ko kena jaga-jaga skit la. Kalau Alia tak bahagia, aku sekeh ko!

Ali: Rilek bro, rilek.

Ayah: Ali, mana Mak letak bunga telur yang banyak-banyak tu? Bakul ni dah kosong.

Ali: Ada kat dalam rumah, sebelah telefon. Ayah tunggu sini la, biar Ali amikkan.

Ayah: Eh eh, tak payah! Ali layan tetamu sudah. Ramai kawan nak jumpa.

Bakar: Assalamualaikum! Ali my brader, barakallah!

Ali: Waalaikumussalam warahmatullah. Thanks bro! Mintak doa banyak-banyak tau.

Bakar: No hal, boleh aja. Ahmad, assalamualaikum!

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah!

Bakar: Ahmad, Samad tengah carik ko la.

Ahmad: Oh ye ke? Mana dia?

Bakar: Tu ha, dok ngan si Amin, si Hakim, and si Bakri.

Ahmad: Oi Ali, jom gi jumpa diorang!

Ali: Jom! Eh jap, mana phone aku ek?

Ahmad: Ni ha, kan tadi ko suruh aku pegang?

Ali: Ops, lupa. Bak sini phone tu.


Di khemah perempuan...

Alia: Eh...Anis?

Anis: Assalamualaikum!

Alia: Waalaikumussalam warahmatullah! Bila masa ko balik? Ingatkan kat universiti lagi.

Anis: Aku amik cuti la. Takkan la nak miss walimah ko kot. Ni ha, siap bawak geng lagi.

Alia: Ya Rabbi! Nur, Laila, Aishah! Korang datang rupanya. Mati-mati aku ingat tak datang tadi. Dah la tak mesej pape pun.

Aishah: Mabruk Lia! Of course la kitorang datang. Kena la memenuhi jemputan, lebih-lebih lagi jemputan ke walimah ko.

Nur: Tahniah! Saje je tak mesej sebab nak bagi surprise.

Laila: Eh, pinggan mane ek? Aku lapar ni.

Alia: Eh sorry sorry! Korang tetamu istimewa, masuk ke dalam rumah je la. Ummi aku ada kat dalam.

Nur, Laila, dan Aishah bergerak masuk ke dalam.

Alia: Anis? Tunggu apa lagi?

Anis: Erm Lia...Ahmad mana?

Alia: Tu! Dok ngan Ali.

Anis: Oh...OK. So, tu la suami ko?

Alia: Yup!

Telefon Alia berbunyi. Ali menghantar SMS...


Ali: Tiba-tiba rasa macam sorang poet pulak hari ni.

Alia: Hihi...really?

Ali: Betul la.

Alia: How come?

Ali: I looked at you today and a poem was written in my head. Subhanallah, tetiba jek!

Alia tersenyum sendirian, sambil menjeling-jeling kepada suaminya. Ali dapat menangkap jelingan isterinya itu.

Alia: Mana poemnya?

Ali: Ala...takkan nak bagi pakai SMS je kot?

Alia: Abang sibuk layan tetamu, Lia pun sibuk layan tetamu. SMS pun kira OK la, at least for now.

Ali: Okay, you ready?

Alia: Iye. Bajet je abang ni, macam la poem dia bagus sangat.

Ali: Amboi!

Alia: Kihkih...gurau je. Silakan Mr. Poet!

Alia menunggu SMS daripada suaminya...

Ali:
My love for you is not of this earth, but of the Heavens
Yet I know it's not possible, because Heaven is greater
And the greatest of all Heavens, is the one with you in it
For Heaven will not feel heavenly without you, my love


Alia terduduk.
Perlahan-lahan air matanya mengalir dan berhenti di bibirnya yang sedang mengukirkan senyuman.

Anis: Alia? Nape nangis ni?

Alia: Lain rasanya...

Anis: Apa yang lain?

Alia: Bila lafaz cinta itu halal, memang lain rasanya.

Anis memandang Ahmad di seberang sana...


*TAMAT*


LOVELY SMS, karya Aiman Azlan

Lovely SMS (Ep. 9

Ahmad menghantar SMS kepada adiknya...


Ahmad: Oi budak! Mana biskut ngan air? Org tgh lapar ni!



Alia membalas...



Alia: SABAR LA!




Alia berjalan ke ruang tamu dengan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu: Ali dan ibu bapanya.

Mak: Oh, ni Alia ke?

Ummi: The one and only.

Mak: Ish...ish...lawanya!

Alia senyum malu. Ahmad pula sedang menahan ketawa.

Abi: Encik ni pengetua skolah kat sebelah traffic light tu ye?

Ayah: Ye betul. Tapi Insha Allah 2 tahun lagi retire la. It's about time la anak tunggal saya ni kahwin.

Abi: Alhamdulillah. Insha Allah cikgu.

Ayah: Ali, bila plan nak buat perkahwinan ni?

Ali: Bergantung kepada Ayah ngan pak cik la. Bagi Ali, benda ni tak elok ditangguh lama sangat.

Abi: Kalau bulan depan macam mana?

Ayah: Bagus jugak tu.

Mak: OK ke Ali?

Ali: Ali orait je Mak.

Abi: Kita buat akad nikah hari Jumaat kat masjid seberang jalan tu selepas Zohor. After that, kita terus buat kenduri sampai lewat petang.

Ayah: Oh ya, cakap pasal kenduri ni kan. Since kita dok dekat-dekat je, saya fikir kita buat satu kenduri je cukup. Tak perlu la buat sampai dua kali.

Abi: Takda masalah. Kita split cost half and half la ye?

Ayah: Eh eh, tak perlu! Bab kenduri biar pihak lelaki yang handle. Pihak perempuan tak perlu belanja satu sen pun, sebab encik bakal hand over tanggungjawab encik ke atas Alia kat anak saya ni. Bagi saya, itu satu pengorbanan yang...priceless.

Abi: Bila fikir balik, memang sedih pun. Tapi saya rasa kurang senang kalau tak buat apa-apa untuk membantu. At least biar saya handle invitations. I insist.

Ayah: Kalau encik rasa macam tu, ok la. Erm...maharnya pulak macam mana? Pihak perempuan mintak apa?

Abi memandang Alia.

Alia: Saya mintak sebentuk cincin saja sebagai mahar.

Ali: Oh, cincin yang pak cik bagi saya minggu lepas tu ke?

Abi: Actually, tu cincin yang pak cik bagi kat isteri pak cik.

Ummi: Pak cik hadiahkan kat mak cik time kami kahwin dulu. Skang mak cik nak bagi cincin tu kat Alia.

Abi: Sebagai mahar pula, pak cik nak mintak yang lain.

Alia: Aik?

Abi: Don't worry Lia. Sebagai wali Abi boleh tetapkan mahar. Camni Ali, pak cik nak mintak sejumlah wang sebagai mahar Alia. Wang sebanyak RM2,000. Macam mane?

Ayah dan Mak memandang Ali. Ali nampak sedikit risau.

Abi: Mungkin Ali rasa pelik kenapa pak cik mintak wang kan? Sedangkan sebentuk cincin tu nampak modest. Ali tahu tak mahar yang Rasulullah bagi kat Aishah merupakan sejumlah wang emas? Lebih kurang 500 dirham dia bagi.

Ali: Iye? Oh, saya tak tahu pulak.

Abi: Pak cik consider jugak yang Ali masih lagi belajar dan pak cik consider jugak nilai mahar yang sesuai untuk wanita seperti Alia. Pak cik fikir RM2,000 itu reasonable. Betul?

Ali: Betul. Saya mampu tunaikan mahar tu.

Perbincangan ini berterusan selama hampir 2 jam. Tibalah masa untuk Ali dan ibu bapanya pulang.

Abi: Terima kasih sebab sudi datang cikgu.

Ayah: Oh takda masalah.

Mak: Saya mintak diri dulu.

Ummi: Nanti datang la lagi ye?

Ali dan ibu bapanya beredar.

Ummi: Lia, ikut Ummi pegi bilik jap.

Alia: OK.

Dalam bilik Ummi.

Ummi: Nah.

Alia: Apa ni Ummi?

Ummi: Ni baju pengantin time Ummi kahwin ngan Abi dulu. Ummi simpan elok-elok sampai skang, menunggu masa nak bagi kat anak Ummi.

Alia: Muat ke ni Ummi?

Ummi: Hello...tolong skit! Ummi dulu slim kot. Insha Allah muat.

Alia: Hehe...terima kasih Ummi. Sayang Ummi.

Ummi: Baju kurung ni maybe outdated skit. Nanti kita sama-sama hias baju ni bagi lawa skit.

Alia: OK Ummi, kita hias sama-sama. Tapi, kalau tak dihias pun Lia dah happy dah. Sebab Lia dapat pakai baju yang exactly sama yang Ummi pakai. I can't imagine a prettier dress.

Ahmad ketuk pintu.

Ummi: Masuk.

Ahmad: Uish, baju sape tu?

Alia: Ni baju yang Ummi pakai time dia kahwin ngan Abi dulu.

Ahmad: Pergh, legendary kot baju tu!

Alia: Haha...jeles?

Ahmad: Ceit! Eh Lia, Abi nak cakap skit ngan ko.

Alia: Ye ke? Okeh, Lia datang skang.

Alia keluar.

Ahmad: Erm...Ummi?

Ummi: Ye?

Ahmad: Abi ada simpan lagi baju pengantin dia?

Ummi: Hmm...rasanya ada. Kenape?

Ahmad: I was just curious. OK la, Ahmad nak gi kemas ruang tamu jap.

Ahmad berjalan menuju pintu.

Ummi: Ahmad?

Ahmad: Ye?

Ummi: Anis apa khabar?

Ahmad: ...

Lovely SMS (Ep. 8

Abi: Ali...I don't think this is going to work out.

Ali menghembus nafas yang berat di dada, tidak mampu berkata apa-apa.

[Flashback]

Ali mengetuk pintu bilik ibu bapanya.

Ali: Assalamualaikum.

Ayah: Waalaikumussalam warahmatullah. Masuk la.

Ali duduk bersama-sama ibu bapanya.

Ali: So...camne meeting kita ngan ustaz tadi? What do you guys think?

Mak: Hmm...kami faham and setuju ngan apa yang ustaz cakapkan.

Ali: Tapi?

Ayah: Tapi cakap tu senang, buat tu susah.

Ali: Ali tahu yang cara Ali nak kahwin akan mendapat cemuhan orang. Ali tahu jugak yang Mak Ayah akan terima komen-komen yang mungkin boleh mengguris hati.

Ali dapat baca kerisauan di muka ibu bapanya.

Ali: Tapi kalau kita dok ikut saja ngan apa yang masyarakat nak, angguk saja ngan adat-adat yang kita tahu bercanggah ngan Islam...then when will it end? Someone has to start the change, and I want to be that someone.

Ayah: Alia pulak macam mana?

Ali: Dia sama macam Ali. Dia nak perkahwinan yang simple, tapi tak de la menolak semua adat Melayu.

Ayah: Parents dia pulak?

Ali: Tak tau la. Ali tak penah jumpa diorang lagi. Hopefully diorang sama macam Alia la. So, Mak Ayah ok la ngan keputusan Ali ek?

Ayah: Ayah rasa Ali dah cukup matang untuk tahu betapa beratnya perkahwinan ni. Kalau Ali cakap yang Ali dah ready untuk hadapi suma tu, Ayah restu je.

Ali: Mak? Mak nampak cam tengah pikir something je.

Mak: Mak boleh predict yang kawan-kawan mak akan cakap macam-macam.

Ali: Mak, pikir pasal Allah je Mak. Kalau satu dunia tak suka tapi Allah je yang suka, itu dah lebih dari cukup Mak. Percaya la, kata-kata tajam diorang tu akan hilang eventually. Cuma at the beginning je kita kena bersabar skit. Kalau boleh, Ali tak nak tengok Mak or Ayah sakit hati.

Ali terima SMS dari Ahmad...


Ahmad: Salam bro. Parents aku nak jumpa ko. Ko sorang je la. Amacam?




Ali: Ya Allah!

Mak: Kenapa ni?

Ali: Ni ha, si Ahmad hantar mesej. Katanya parents Alia nak jumpa Ali. Nak jumpa Ali sorang je.

Mak: Well, in that case Mak akan restu kalau parents Alia restu. Ali pegi la jumpa diorang.

Ali: Serius? Ali tak penah buat benda camni. Gabra nih! Lagi gabra daripada interview untuk scholarship. Ada kata-kata semangat tak?

Ayah: Jangan terkencing dalam seluar okeh?

Ali: ...

[Flashback tamat]


Abi: Ali...I don't think this is going to work out.

Ali: Saya faham. Kalau wali Alia tak restu, saya tiada hak untuk bantah. Terima kasih kerana sudi luangkan masa ngan saya. Saya...mintak diri dulu.

Alia berlinangan dengan air mata. Ali berdiri dan berjalan menuju pintu masuk.

Ali: Pak cik, mak cik...assalamualaikum.

Ali hampir melangkah keluar...

Abi: Ali...

Ali berhenti. Abi berjalan menuju Ali. Semua menumpukan perhatian kepada mereka berdua.

Abi: Jauh awak datang, ambil la ni sebagai hadiah.

Abi meletakkan sesuatu dalam tangan Ali.

Ali: Cincin?

Abi: Untuk Alia. Tahniah, awak lulus!

Ali: HA?!

Abi: Kalau saya nak kahwinkan sesape ngan Alia, saya nak make sure that he is the best for her.

Ahmad dan Alia: Laaaaaaaa.....

Ummi senyum.

Lovely SMS (Ep. 7

Ali meletakkan cawannya ke atas meja.

Ummi: Habis takkan la Lia nak pakai baju kurung biasa je?

Alia: Itulah hasrat hati Lia. Simple. Tapi, Lia bukannya tidak mengambil kira persepsi masyarakat langsung. Of course Lia akan tampil bagi nampak seperti seorang pengantin. Cuma, perhiasan Lia tu akan terkawal dan tidak melampaui batas. So, Lia akan decide sendiri setakat mana Lia nak berhias.

Ali: Maaf, nak mencelah skit. Saya setuju ngan Alia dan yakin muslimah macam Alia ni akan tahu batas-batasnya. Saya pun takda la ignore culture totally. Macam saya cakap tadi, kita cuma kena filter out yang mana tak boleh pakai and adopt mana yang boleh.

Abi: Kejap, kalau Lia nak decide baju takda masalah. Tapi, kena bagi Ummi Abi approve dulu. Takut-takut nampak kampung sangat pulak, malu kita ngan jiran-jiran.

Ahmad terkesima dengan kata-kata Abi.

Alia: Abi, kita bukan boleh nak puaskan hati suma orang. Lia ni pun tengah bertolak ansur sebanyak mungkin, within Islamic limits. Izinkan la Lia pakai pakaian yang selesa buat Lia.

Abi pandang Ummi.

Ummi: We'll think about it.

Abi: Ok la. Janji hantaran ada. Ummi, hari tu kat kenduri minggu lepas diorang buat hantaran RM10,000 kan?

Ali: Erk pak cik, erm...boleh tak kalau kita tak buat hantaran?

Abi: Haish, jangan camtu Ali. Suma benda tak leh buat ni. Lagipun hantaran ni kami tak ambil satu sen pun, semuanya akan kami bagi kat Alia dan kamu.

Ali: Oh ye ke? Alhamdulillah. Tapi, isunya ialah saya ni tidak mampu untuk sediakan duit sebegitu banyak. Lagipun hantaran ni bukannya satu syarat sah kahwin ke ape. Asalkan maharnya ada kira jalan la.

Abi: Maharnya apa?

Alia: Lia pikir sebentuk cincin pun ok la. Lagi mudah maharnya, lagi baik kan? Lagipun ni bukan urusan jual beli, ni perkahwinan.

Ummi: Tapi Ali, pelik la kalau orang tengok kita tak buat hantaran.

Ahmad: Ehem...jap. Rasanya kita boleh tolak ansur dalam bab ni.

Semua berpaling kepada Ahmad.

Ahmad: Apa kata kalau kita buat hantaran tu sebagai sepersalinan pakaian? Alia belikan untuk diri sendiri and then bagi kat Ali. Pastu Ali pun buat benda sama and then bagi kat Alia. Ye la, takut tak kena taste la kan. Tak perlu mahal-mahal, setakat mana mampu ja. Pastu balut la bagi fancy-fancy and jadikan la tu sebagai hantaran. Plus, tak membazir pun sebab beli sepersalinan pakaian yang akan digunakan everyday. Amacam?

Ali: Kalau camtu saya ok je.

Alia: Setuju.

Abi: Idea tu memang bagus, tapi nanti time kenduri tu akan ada orang datang and tanya brapa banyak hantaran yang dibuat. Tu soalan normal. Takkan la Abi nak bagitau yang kita buat hantaran pakaian saja?

Ahmad membisu. Dia begitu yakin ideanya itu akan menyelesaikan isu tersebut.

Ummi: Kami faham yang agama tu penting, tapi air muka kena jaga jugak.

Ali: With all due respect pak cik and mak cik, saya bukannya apa, cumanya saya rasa it's better for me to invest in my marriage than in my wedding. Kalau kita belanja sampai kering poket or sampai berhutang or sampai membazir, apakah tu satu permulaan yang berkat? Lebih baik saya guna duit tu untuk rumah tangga saya.

Ummi: Jangan la buat susah-susah Ali. Kan senang kalau kita buat ikut cara yang orang selalu buat?

Ali: Ye, memang senang. Tapi senang tak semestinya betul mak cik.

Abi: Awak nak kahwin ngan Alia ke tak ni?

Ahmad menghantar SMS kepada Alia...
Ahmad: Lia, camne ni?
Alia: Ntah, Lia dah buntu.
Suasana genting seketika. Ali memejam matanya seketika, mengawal nafasnya kerana apa yang bakal dia ucapkan mungkin penentu segala-galanya. Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya...

Ali: Wallahi, hasrat saya yang menggunung tinggi sekarang ni ialah untuk berkahwin. Just imagining it gives me happiness, apatah lagi kalau saya experience it for real. Plus, saya yakin Alia ni la calon isteri yang saya cari selama ni. Tapi...

Semua menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Ali.

Ali: Tapi kalau mengahwini Alia bermakna saya kena "ceraikan" Allah dan Rasulullah, then I'd rather sacrifice my pleasure for the pleasure of my Lord.

Ahmad: Ali, apa maksud ko?

Ali: Maksud aku, kalau kita nak teruskan jugak ikut apa yang orang cakap, aku rasa mungkin aku akan tarik diri. Sebab aku tak tergamak untuk gembira pada hari kenduri kahwin aku sedangkan Allah murka kat aku.

Abi pandang Ummi.

Abi: Ali...I don't think this is going to work out.

Ahmad dan Alia memandang Abi hampir serentak. Terkejut.

Lovely SMS (Ep. 6

Abi: Ahmad, mana Ali?

Ahmad: Entah. Jap, Ahmad mesej dia.

Henset Ali berbunyi.
Ahmad: Dah sampai?
Ali: Aku kat luar umah ko dah. Cuak kot!
Ahmad keluar.

Ahmad: Assalamualaikum!

Ali: Waalaikumussalam warahmatullah.

Ahmad: La, apsal tak call aku?

Ali: Aku tengah layan fikiran la bro.

Ahmad: Ko fikir banyak sangat la. Jom masuk!

Ali berjalan perlahan-lahan masuk rumah.

Ali: Assalamualaikum pak cik.

Abi: Waalaikumussalam warahmatullah. Sila la duduk.

Ummi: Alia, tolong amik air.

Ali duduk. Walaupun sofa empuk, dirinya tetap rasa kurang selesa. Abi tahu dia nervous dan dia sengaja tidak mahu memulakan perbualan. Dia hanya senyum dan tunggu.

Alia: Sila la minum.

Ali amik cawan di depannya dan minum, dengan harapan dapat mengurangkan kejanggalan situasi. Tak berkesan. Dia sedar bahawa dia harus berani.

Ali: Ehem...rasanya pak cik dah tahu kot kenapa saya datang ni kan?

Abi: Kenapa awak datang ye?

Ali: Err...camne nak cakap ek?

Ahmad menghantar SMS kepada Alia...

Ahmad: Abi ni saja buat orang gabra kan? Padahal dia tahu je kenapa Ali datang.
Alia: LOL! Lia pun gabra gak ni.

Ali: Sebenarnya...saya datang...nak menyampaikan hajat...ingin...kahwin...dengan......Alia

Abi: Kahwin?

Ali: Ye.

Ummi: Umur awak brapa tahun Ali?

Ali: Saya sekarang dah 21 tahun mak cik.

Ummi: Oh, blaja lagi la?

Ali: Ye.

Abi: Bila awak plan untuk kahwin?

Ali: Seberapa cepat yang boleh. Saya tak nak rush, tapi saya jugak tak nak tangguh. Salah satu agenda saya datang ni nak bincang pasal bila nak kahwin jugak la.

Perbualan sudah mendapat momentumnya. Ali semakin kurang nervous.

Abi: Dari segi kewangan, macam mana tu Ali?

Ali: Err...sama macam Ahmad, saya ada biasiswa.

Abi: Brapa awak dapat sebulan?

Ali: Alhamdulillah, dapat $1300 sebulan. Lebih dari cukup kalau pandai belanja.

Abi: Awak tahu kahwin ni bukan murah kan? Kenduri yang sederhana pun ada la dalam RM14,000. Tu tak termasuk pelamin, hantaran, upah mak andam, baju pengantin, dan lain-lain.

Ali: Hantaran? Pelamin?

Ali memandang Ahmad. Ahmad pun nampak keliru.

Ahmad: Abi, kita nak buat persandingan ke? Hantaran jugak?

Alia: Lagi satu, Lia tak tahu pulak Abi nak upah mak andam. Sejak bila Lia pakai mekap Abi? Gincu pun tak penah pakai. Setakat lip gloss ja.

Ummi: Well, hari tu kan hari special untuk Lia. Bukan selalu pun jadi raja sehari ni kan?

Ali: Err...pak cik, kalau kita tak buat persandingan boleh tak?

Abi: Kenapa?

Ali: Saya rasa kurang selesa bila bayangkan isteri saya berhias-hias pastu kena "display" kepada orang ramai. Mata-mata lelaki asing yang memandang tu rasa macam anak-anak panah menusuk hati saya.

Ummi: Ala, sehari je kan?

Ali: Saya faham. Hari tu hari special. Kami seakan-akan raja pada hari tu. Tapi, even raja pun harus patuh pada Raja yang sebenar iaitu Allah kan?

Abi: Kalau tak buat, nanti apa kata-kata jiran pulak?

Ahmad dan Alia kelihatan kurang selesa dengan perbualan ini.

Ali: Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang pak cik. Saya bukan kata yang kita tak boleh nak ada adat langsung dalam perkahwinan ni. Apa yang saya nak katakan ni ialah kita tapis dulu adat-adat kita ni supaya tak langgar perintah Allah.

Ummi: Tapi ramai je yang buat.

Ali: Saya tak nak cakap apa-apapun bagi pihak mereka. Itu antara mereka dengan Allah. Dalam situasi kita ni pulak, ia antara kita dengan Allah.

Abi: Jadi tak nak bersanding la ni?

Ali: Seeloknya tak perlu la pak cik. Tapi, kalau nak dibuat jugak, kita boleh adakan sesi bersanding dengan kaum hawa dan saudara lelaki sahaja. Kaum adam yang asing tak boleh masuk. Dan kita tak benarkan sesiapa ambil gambar melainkan kamera kita sendiri. Takut-takut ada yang upload dalam Facebook ke, Flickr ke, dan entah apa lagi website yang diorang boleh upload gambar-gambar tu. Ha, kalu yang tu nak bersolek pun takpe.

Abi: Awak tak rasa ekstrim ke tu?

Ali mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan senyuman di mukanya dan menjaga adabnya.

Ali: With all due respect, saya rasa yang ekstrimnya ialah Alia berhias berlebihan depan khalayak ramai dengan solekan yang berlebihan dan pakaian pengantin yang terlebih lawa. Kebanyakkan pakaian pengantin Muslimah tidak Muslimah pun, walaupun labelnya "Muslimah".

Alia: Lia setuju dengan Ali tu. Kalau setakat nak pakai sehari je, pastu simpan dalam almari and biar berdebu je Lia rasa macam membazir. Dah la bayar mahal. Kalau mahal tapi boleh dipakai everyday tu okay jugak.

Ummi: Ummi nak Lia nampak segak hari tu. Kenduri kahwin tu sekali je tau?

Dengan suara lembut, Alia menjawab...

Alia: Ummi, segak di mata siapa?

Suasana senyap seketika...